NONE

Saturday, August 27, 2011

The Vow And Solemnization of Dewa & Dewi

Hey Jiggy~
We Are Heading For It Day.. 
We ke? 
Hahaha.. Maksud aku, mereka~


cute card, rugi sape tak dapat, heheh..

..with pleasure..

Sunday, June 26, 2011

CERITA PANAS!

Hey Jiggy,

Ada sesiapa pergi KEPAK? Katanya ada reunion Green, sure seronok dapat jumpa member-member lama masa dekat Desaru dulu ek. Siapa yang tak dapat pergi macam aku, tak pe, InsyaAllah suatu masa nanti kita dapat jumpa lagi, sesiapa yang dah nak kahwin tu, bagi taulah date nye cepat-cepat k, senang kami nak plan *ceh, demand, tok kadi pon tak sibuk macam ni*. Ade?

Walaupun ada reunion dekat JB *entah ye entah tidak~*, aku dekat sini pun ada gathering dengan JGS, dengan siapa? Rahsia. Walaupun hanya kami bertiga, tapi sesi melepak tak tentu pasal tu memang seronok, macam biasalah, cerita pasal bedah tu, cerita pasal bedah ni, sambil mulut kunyah lamb chop, salmon dan fish and chip, korang ade? Jangan jelous.. *tapi air tak boleh blah, teh o panas, Milo, dengan bali suam, hahaha*

Antara cerita paling meletup ialah, seorang rakan kita telah dihubungi oleh Polis Bukit Aman, Bukit Aman OK, bukan Pondok Polis cawangan Taman Perling, tak main lah pondok-pondok, terus direct dari Bukit Aman, semata-mata untuk mendapatkan pengesahan perkahwinan. Ok tipu, ianya ialah tentang menguruskan perkahwinan dia yang akan berlangsung, InsyaAllah tahun hadapan. Ape kena mengena? Ada kena mengenanya, cuma itu bukan urusan kita :P Dah nak kahwin dah member tu, bayangkan lagi setahun nak kahwin, persiapan dah dimulakan. Kompom gilang gemilang majlis dia tu nanti. 

Bukan tu je, sempena majlis pernikahan dan resepsi yang akan diadakan di Johor, dia dah pun tempah make up artis dari KL *bukan aku ok, mak tak buat kerja-kerja macam tu~* Make up artis tu bekerja untuk salah satu stesen TV popular kat Malaysia ni. Korang ade? Berapa harganya? Tak payah lah aku cerita, faham-faham je lah. Yang penting dia kata nak cantik macam Siti Nurhaliza masa hari tu nanti. Cantik ke? Kalau dia tak cantik masa hari tu nanti, aku boo time tu jugak. Hehehe..

Lepas tu ada hati pulak nak buat adat sendiri nak lingkupkan adat turun temurun, dengan konfiden je dia cerita kat kami pasal tentatif pogram dia masa hari perkahwinannya yang lagi setahun tu nanti. Lepas kami tanya beberapa perkara penting dalam sesebuah majlis perkahwinan *bajet wedding planner~* baru dia ternganga, terus tak habis lamb chop dia, terpaksa aku makan separuh. Tapi apa pun, lantak kau lah nak buat macam mana pun, yang penting kau jemput aku, aku datang, doakan kau bahagia sampai akhir hayat kau dengan Inspektor Polis tu. Hohoho, kantoi sudah..

Siapa lah agaknya ye? Bukan Marini Rosid ye, dia dah selamat dengan laki dia. Tak kan lah aku nak bukak cerita yang semua orang dah tahu, ape barang. Err, korang memang tak tahu kan cerita kat atas tu tadi? Hehehe.. Tak pe, aku tak nak sebutkan nama, tak baik aibkan orang, hahahahampeh...

With Pleasure.


Thursday, June 2, 2011

SALAM TAKZIAH

Hey al Jigs,

Apa khabar semua kawan-kawan? Ape cerita ye sekarang? Lama betul kawan tak update cerita dekat dalam blog ni yek. Tak pe kalau ada benda yang kau orang nak cerita, tapi malu-malu, boleh send email dekat kawan, nanti kawan rombak jalan cerita bagi gempak, bagi kurang malunya, boleh?

Ok, untuk kali ni, kawan nak kita sama-sama memperingati pemergian ayahanda kepada Fiza, yang telah kembali kerahmahtullah baru-baru ni. Kalau tak slah kawan, pada 13 May hari tu. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dikesempatan ini juga, sama-sama lah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada ibu atau bapa rakan-rakan kita yang telah lama pergi meninggalkan kita, juga diharapkan mereka tenang di sana. Al-Fatihah..

Semoga kita di suatu masa nanti yang akan melalui detik yang sama, dapat menginsafi diri dan sentiasa bersedia untuk melalui waktu itu. Mudah-mudahan kita sendiri juga nanti ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, disisi kekasih-kekasih-Nya. Tak kan dah mati nanti baru nak harapkan yang hidup doakan untuk kita, betul tak? sementara masih hidup ni, kita doa lah yang terbaik untuk diri kita sendiri bukan sahaja untuk didunia, tetapi juga untuk nasib kita di akhirat kelak.

Bajet khutbah Jumaat~

With Pleasure.