Hey all jigs..
Setelah dua minggu bertungkus lumus membedah di email, akhirnya, Project Bedah Goes To Ledang dah pun dilaksanakan pada Jumaat lalu sekali dengan jemputan ke majlis pernikahan Laila. Was it best.. or bad?.. Here the full report.
It’s all start after worked hour last Thursday. Beberapa bedah mula bergerak ke check point antaranya rumah Jaja dan rumah Biha. Then followed by me, sampai di Skudai pada pagi Jumaat jam 4 lebih dan afiq pick me by his JKV (rindu beb kereta afiq… huhu~). Owh, tak lupa juga, Fifi gerak dari KL pada pagi Jumaat, jam 7 lebih dan dia terus ke Muar, manakala Dila pula gerak dari pahang dan akan jumpa terus di Muar.
Jumaat, jam 6.40 aku dan Afiq gerak menuju ke rumah Edan, kasihan Edan sebab lama menunggu, hehe.. dan kemudian terus ke rumah sang Kechil. Huh~ ini babak yang paling tensen. Puas kami beri salam, ketuk pintu, tekan loceng, siap bukak gate, masuk kemudian ketuk pintu rumah, pecahkan cermin kereta, pijak ekor anjing sebelah rumah (ceh, macam berani je..), tebang pokok, baling bola golf kat sliding door, pun tak ada orang keluar. Hampir setengah jam kami tunggu, namun tak ada juga jawapan dari orang dalam rumah tu. Kami tinggalkan warkah khas buat sang Kechil dan kami terus ke BhP Senai. Disana sudah sedia menunggu ialah Jaja, Ana, Iza, Dewa dan Dewi Gewdik, kemudian sampai pula Biha, Ijan dan Ika. Semasa sedang berkumpul, sang Kechil call, dan kami paksa dia bersiap cepat dan kami akan kerumahnya lagi untuk menjemput. Setelah itu, kereta Jaja, Biha dan Dewa gewdik terus ke Ayer Hitam manakala kereta Afiq ke rumah kechil dahulu sebelum ke Ayer Hitam. Di Ayer hitam, Reen, Feeza dan dua orang adik Reen, dan Din juga, menunggu di sana.
Biha terus ke BP untuk menjemput Azira dan kemudian kami semua berkonvoi sebanyak 6 kereta ke Muar, dan sampai di hadapan kampung Laila, tambah lagi dua kereta, kereta Aja yang membawa Fifi dan Ella serta kereta Dila yang membawa dua orang rakannya.
Kami tiba di rumah Laila lebih kurang jam 11 lebeh kot, aku pun tak berapa nak hingat. So, masing-masing pun bergambarlah bagai, kemudian makan dan kemudian bergambar lagi, lepastu minta diri. Tahniah Laila, moga kamu dan suami bahagia hingga ke akhir hayat.. terima kasih kerana menjemput kami..
Dari rumah Laila, kami ke rumah Aja tetapi Reen dan Feeza tak ikut (gewdik.. hehe..) untuk tumpang salin baju sementara guys ke masjid menunaikan solat Jumaat.
Bedah : Kita bersalin kat sini ke?
Bedah : Ha’ah.. dengan pantang sekali..
Dari rumah Aja, kami terus ke Air terjun gunung Ledang, tetapi Aja tak ikut kerana dia ada program lain begitu juga dengan Ella dengan alasan tak bawa baju, haih~ sampai di Tangkak, kereta afiq menjemput Pipah. Kemudian terus ke Ledang.
Sampai di Ledang, semasa baru nak menapak ke dalam, baru sedar yang Dewa dan Dewi Gewdik tak sampai lagi, bila dihubungi mereka rupanya singgah di rumah keluarga angkat Dewa Gewdik.. gewdik~
Pendakian bermula (cewah..). separuh jalan, mereka sudah menemui port tetapi ada bedah tak setuju, dan mengajak menuju ke atas lagi, maka kami pun terus keatas, penat giler, kasihan pada yang terpaksa berhenti beberpa kali, tapi akhirnya semua sampai diatas dalam lebeh kurang pukul 4. Yeah! Go bedah.. Selepas merehatkan badan, masing-masing pun terjun ke dalam air, ok, bukan terjun ke bawah, huhu.. walaupun sekejap, tetapi tetap tak puas hati sebab sekejap, ngahaha… gila la kan, penat-penat naik, lepastu kejap je lepak kat atas, haih~
Ketika itu plan nak sambut befday Dewa dan Dewi Gewdik serta Ijan, eh lupa, Ijan ada gossip.. ehems… so beberapa bedah yang merasakan dirinya ada bakat menghias kek, telah menghias kek buah yang dibuat oleh Biha, decoration yang sangat menarik perhatian bagi mereka yang tertengok sekali imbas, bila imbas sekali lagi dah tak menarik, ngahaha.. tapi okla, khas untuk sahabat-sahabat tersayang ok.. Malangnya, Dewa dan Dewi gewdik pula tak dapat naik ke atas, gewdik ok kamu berdua.
Pernah dengar peribahasa “jangan sampai pisang berbuah dua kali”. Actually peribahsa tu dah tak releven lagi sekarang ni, peribahasa yang sesuai menggantikannya dan akan di luluskan oleh DBP ialah:
“jangan sampai jaja jatuh dua kali”
Ngahaha… Jangan marah Jaja....
Kami semua berkemas dan turun ke bawah untuk pulang. Sampai dibawah Biha bergegas bersiap untuk pulang kerana pakciknya nak nikah, tapi kenapa Biha beria nak pulang cepat, yang nak nikah kan pakcik dia?.. Sebab, cincin nikah, ada pada Biha.. Tak lah, sebab pakcik dia nak nikah la.. Haih la~.. Biha bawa sekali Azira dan Pipah sebab mereka sehala. Kasihan sebab tak sempat menyanyikan bersama lagu Allah Selamatkan Kamu untuk Ijan, Dewa dan Dewi gewdik. Semuanya sebelum Dila dan rakan-rakan dia berangkat ke Pahang.
Kemudian, kami yang tinggal terus mencari tempat makan. Siapa kami yang tinggal? Afiq, Mok, Edan, Kechil, Din, Ana, Jaja, Ika, Fifi, Iza, Ijan, Dewa dan Dewi Gewdik. Hmm.. Kesian pulak asik sebut dewa dan dewi gewdik, ok lah, Marwan dan Afiah (nice rings ok.. aku dah perasan awal cuma tak sempat nak bedahkan..).. selepas makan, kemudian sesi mengucapkan selamat tinggal, salam-salam, laga pipi, peluk-peluk.. gewdik ok kamu wahai dewa gewdik.. kalau kamu semua serius sedikit pasti aku dah meraung, ngahaha… kemudian semua gerak pulang menuju kejalan yang benar dan diredhai Allah.
Biha menghantar laporan yang dia sempat sampai sebelum rombongan pakcik dia bergerak. Kemudian, Afiq pula sampai 10:50 malam setelah menghantar mereka yang sekali dengannya. Namun, kasihan juga dengan Dewa gewdik yang sampai pukol 12 lebih di taman U, tidak terus ke Pasir Gudang, sebab kerete mereka mengalami kerosakkan di Pagoh, menurutnya temperature kereta tu naik, haih, nasib baik temperature kereta je yang naik.. hehehe.. Hmm sudah la kamu membawa kenderaan rasmi JGS, rosak pula, tak mengapa, bak kata Ana, memang ada saja ujian untuk komuniti bedah ni.. Aku pun mengalami masalah juga, tapi-aku-tak-nak-cakap~ Huhu… Din hantar aku sampai rumah lebeh kurang 9:10 malam. Lepas lepak-lepak dan berbual bagai, Din minta diri pada jam 10 malam, dan tak tahu dia sampai rumah dia pukul berapa.
Dengar-dengar selepas ni, ada ura-ura nak ke Borneo? Atau pulau? Lets dibedahkan k.. harap-harap, next project lebih ramai bedah join..
It’s a very good feeling kan bila kita dah penat gila hari tu, kita still ada cuti dua hari.. Hmm.. aku pula sampai hari Isnin… hahaha…
With pleasure~
7 comments:
femesnye aku kali ni ek?
"walaupun sekejap, tetapi tetap tak puas hati sebab sekejap, ngahaha… gila la kan, penat-penat naik, lepastu kejap je lepak kat atas, haih~"
bab ni aku minta mahap eh kwn2. korg pun sedia maklum dgn ke-pembaris-an aku. dewa gedix kt siren dh bunyit. tu yg aku ke-glaba-an ajak korg turun bwh. klu x, mmg aku nak cau dulu dgn pipah & zira, lantak ah korg nk berendam bp jam hua3
oho bab cincin dewa dewi tu, nmpk gk tp x sempat nk ngusik, xpe2 byk lg ms nk ngusik, harap pnjg umur suda~
p/s: m'hitung hr tralalala
biha macam dah dekat je....
hahahaha.....
non taken la biha....
kita kan komuniti bedah...
always hapen...
ngahaha....
biha yg mnghitung hari ker?? ehuhuhuhu
ke dewa n dewi gewdiks? ehehehe :P
mane picnye nih mok..
pat.. mo lihat pic bedah2 disana..;)
momok..
uploadnye la dulu pic yg de kat aku..
idan pun x upload pic die lg..
biha: menghitung hari for next plan ke?? travel ngn airasia plak ke??
ehm.hemm...
guys..sowi sesangt sebab tak pat nak join diatas ledang...penat2 korag merancang tetapi dewa dan dewi tidak dapat hadir...
maafkan kami sahabat2...(^_^)!
apepun tenkiu kerana rancangan smbutan hari lahir di kaki gunung ledang itu wlupun tak jadi seperti yg dirancangkan...
pe nak wat kite hanye mampu merancang kerana diAtas sane adalah Perancang yg sebenarnye..
tapi jgn pulak kite berhenti merancang..
sebab kite mmg kene mrancang...eehhh pe aku mgarut nih..papelahh..
oleh itu,guys truskan merancang!!!!!
adiossss....
ok gakla travel kte kali neh..
wlupun xpuas tp rmai gak yg join wlu ad yg confirmkan last2 minit(ak r antaranya hihi..)
yg penting ak dpt jmp rmai komuniti hr tuh n antaranya ialah org dah lame ak xjmp..(korang pun tau)
next time klu nak g Ledang xleh g time cuti umum ngan kena dtg awal ckt..
psl gambar tuh lambat ckt r coz ad problem..
sbr eh..
awal minggu tu aku m'hitung hari untuk minggu ni abes, jumaat (suk) cuti... yeay! tapi kan best kalau esok tak cuti... kerjaku bertimbun lagi uwah~
Post a Comment