NONE

Saturday, February 6, 2010

BAT-GIRL-KER?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah tak ada entri fasal celah bedah ek. Cerita Celah Bedah The Series dekat blog orang tu pun dah kena ban, kesian dia, hihihi.. Almaklumlah, JIGS semua hot-hot belaka, sering dicemburui oleh pelancong-pelancong dari Afrika Selatan dan Selatan India. Hihihi..

Entri kali ni, nak cerita berkonsepkan celah bedah. Cerita fasal perempuan A yang jatuh hati dengan seorang lelaki B. Malang bagi si perempuan A ni, lelaki B tu jatuh hati dekat kakak kepada perempuan A tu. Tetapi kesian dekat lelaki B tu, sebab kakak kepada perempuan A tu berkahwin dengan adik dia (adik lelaki B). So, perempuan A tu ingat dia ada can lah nak sambung jatuh hati balik dengan lelaki B tu, punyalah malang pompuan A nih, lelaki B tu kahwen dengan perempuan lain.. Dah macam cerita Nur Kasih la pulak ek.. Tak pe, abai kan je cerita tu, hihihi..

Sebenarnya, nak cerita fasal seorang rakanwati kita yang kini telah menjalani hidup ala-ala New York style. Pergh, oversea gitu. Singapore pun tak lepas, ada hati nak buat style New York, Hihihi.. Beliau dikatakan memulakan tugas pada jam 9 malam dan balik ke reban jam 7 pagi. Sedangkan, pekerja-pekerja lain masuk normal ofis hour. Tapi I tak sure lah masa yang betul, tapi lebih kurang macam tu lah cerita yang I dapat. Puncanya ialah amat sulit untuk diceritakan disini. Tetapi memandangkan konsep entri kali ni ialah konsep celah bedah, terpaksalah i revealkan jugak, hihihi.. Sebab dia kerja malam macam tu ialah (jangan bagi tahu sesiapa TAU!) kerana dia tak kerja siang, ngahaha...

Kau nak mampus ke cerita hal dalam kain orang. Kang kena saman sia-sia jek. Dah la sekarang musim artis saman-menyaman. Tak fasal-fasal keluar headline dekat News Straits Times (surat kabar orang putih tuuu~)

"SUE BLOGGER : BEDAH DENIED"

Wah, top-top meletup gitu.. Hek mu meletop, mana nak letak muka weyh.. huhuhu.. Apa pun, untuk rakanwati itu, actually, i tak sure nak wish apa, tapi better tune balik jadual hidup tu.. hihihi..

No comments: