NONE

Friday, February 19, 2010

Pertunangan NURAFIZAH BINTI ROSLAN










15hb. Februari 2010, dalam lewat jam 0900, sesi calling-calling telah dimulakan oleh Mak Yatie kepada Bibik Biha, menanyakan tentative untuk Sesi Jelajah Pontian-BP hari ini. Memandangkan Mak perlu ngurusin barang-barang pertunangan kakak beliau, makanya beliau terpaksa membatalkan hasrat yang menggunung tinggi untuk join jelajah ni. Next call ditujukan kepada Ms. Bat iaitu Ika dan sayangnya beliau jua terpaksa menarik diri disebabkan kenaikan suhu badan mendadak akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari selama 2 hari berturut-turut! Haish, dah macam Dracula la pulak minah ni, boleh buat Siri Twilight versi JGS hihi Dewi A'a dan PM (Cherating) Seri pula punya hal-hal on the spot yang tak dapat dielakkan. Upon confirmation, Pak Afiq di wake-up call-kan untuk finalize plan hari ini.

Dalam jam 1320, kami memulakan perjalanan dari Skudai ke Bukit Indah untuk ketemu sama Mak Yatie, meminta restu, di samping menerima amanah JGS berupa sponsored goodies (cupcake chocolate kukus) untuk majlis tersebut.

Perjalanan baru di jalan lama. Seronok! Sebab dapat kenal nama-nama Parit dekat sekitar Pontian. Antaranya... Saya lupa sudah... Makanya jemputlah goggle ye kawan-kawan sebab ada ura-ura ia bakal disoal dalam Final Exam, Subjek JGS2010x: Aktiviti JGS 2010...

Sampai Pontian, rumah pertama yang kami singgah adalah rumah Lek Idan a.k.a navigator ke rumah Fifie. Dua jam sebelumnya, beliau sudah gundah gulana menanyakan: jadi ke tak jadi bebudak ni datang? Risau dia kena wakilkan JGS sorang-sorang... dan sejam sebelumnya, rombongan telah di-sport check oleh Mok nun jauh dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Dengan nada ala-ala big boss: "Dah kat maner ni?? Saper lagi yang pegi?? Nanti report kat aku tau!!". Kecut terus perut Pak yang menjawab pangggilan tersebut keh3... Anyway makasih ya En. Mok kerana masih ingat pada kami, ditengah-tengah kesibukan anda menghirup cendol.


Slurp2 sambil mengenangkan jig-jig
Rombongan telah menjejak-kan kaki ke rumah pe-tunang ketika sesi nego-nego sedang berlansung. Lepas 5-7 minit lepak kat luar rumah, Zira telah memberanikan diri masuk dalam. Makanya, dapatlah kami (the girls) bergambar sakan dengan Fifie dan disebabkan kami tersekat di dalam bilik beliau, dapatlah kami saksikan upacara penyarungan cincin dan sesi perkenalan antara Fifie dan bakal nendanya.



Fifie dan bakal ibu mertuanya
Fifie dan hantaran buat tunangnya
Fifie dan cincin-cincinnya

Fifie dan gegirl JIGSnya

Bakal Nenda: Namanya siapa?

Fifie: Fifie, nek...
Bakal Nenda: (muka kepelik-kan)
Kakak Fifie: Nama penuhlah dik!



Dalam pada itu, sedang the girls busy berposing kat dalam, the boys sibuk berkenalan (di luar) especially si Lek Idan... sempat gak la die mempromotekan diri..."kenal Wak Sanib?? saya lah anaknye.." "oooo..Wak Sanib yang (bla bla bla)...."

Makanan yang disediakan tidak kurang hebatnya seperti Burasak (makanan Bugis, sure Ina terror buat ni hihi), rendang daging, ayam masak merah, serunding kelapa, kek lapis, kek kukus, air mata kucing, air nenas... Goodiesnya cupcake JGS dan limau.


Lepas perut dah kenyang, jejaka Jigs yang hadir telah meminta izin dari tunang Fifie untuk men-tata-titi-tutu Fifie. Alhamdulillah tunang beliau sangat sporting dan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan dari Pak, bahawasanya tunang Fifie yang mula-mula tegur depa, cakap macam kenal, macam ada gaya kawan-kawan GREEN.



JIGS yang hadir


(Kisah berikutnya adalah sekadar untuk pengepohan memandangkan ia sudah di luar skop laporan)

Kemudian, kami bergerak dari rumah Fifie ke BP untuk menghantar Zira.

Tang, tang Tok, cuba teka, mano umah Mok?

Sampai rumah Bakal-Guru-Besar; Cik Zira, selepas menunaikan kewajipan kepadaNya, kami berkenalan dengan kucing-kucing beliau, dijamu cekodok dan bubur pulut itam dan terus memecut, menghantar Lek Idan pulang ke rumah. Misi tamat pada kira-kira jam 2030 iaitu pada ketika Pak - the Pilot selamat tiba di rumah beliau.
Sekian.


Yang Melapor,
Bibik


Yang Proof-Read,
Bakal-Guru-besar




1 comment:

suan said...

fifie..tahniah beb tunang dh ko..
hehe..wey..awat hantaran ko same ngn hantaran tunang aku dolu?tiru eh..hahah..joking..pe pn..hdapilah dgn senyuman pe jua dugaan mendatang..(chehh..!)