NONE

Tuesday, March 30, 2010

HAPPY ANNIVERSARY

Sesiapa yang tak reti baca khat kat atas, meh aku tolong
Sin diatas sa, Lam alif diatas la, Mim Ta, mati diatas mat : Salamat/Selamat
Alif Wau, mati depan U, Lam Nga mati diatas Lang : Ulang
Ta di atas ta, Ha Wau Nun, mati depan Hun : Tahun
Jim Stand for Johor
Ga Stand for Green
Sin Stand For Specialist

Selamat Ulang Tahun JGS, lupa nak suruh Mad Noah letak word Blog..

Hari ini, genaplah usia blog Johor Green Specialis Centre. Sangka ke, tak snagka ke, memang dah setahun blog ni. Kalau di imbas kembali sejarah blog ini, ianya ditubuhkan sebab official blog JGS tak aktif dan sebagai jalan alternatif untuk setiap JGSC berhubung (selain beremail yang memenuhi inbox setiap hari ketika itu) serta memberi maklumat terkini (ke?) kepada ahli-ahli JGSC yang lain. Dengan harapan, tak adalah Dewa cuma tahu pasal Dewi dan Dewi cuma tahu pasal Dewa je, kan.. Contoh je.. hehehe

Namun begitu, ada banyak isu, masalah dan perkara yang berbangkit sepanjang setahun usia blog ni. Lambat updatelah, cerita lambat sampailah, asik orang sama yang buat entri lah, tak ikut skrip lah, dan lain-lain lagi. Tapi tak mengapa, diharapkan selepas ini, blog kita ni akan bertambah meriah dan mempunyai pengisian yang dapat memberi manfaat kepada ahli JGSC, para pembaca dan pengikut disamping gossip yang lebih panas..

Segala kekurangan dan kekhilafan yang terjadi dalam blog ini sepanjang setahun lalu, pihak editor dengan rendah diri memohon maaf kepada sesiapa yang terasa hati, dan kepada mereka yang terasa hati sebab tak pernah disebut namanya dalm blog ni, pun kami mohon maaf, bukan tak nak ataupun tak ingat, tapi dah memang tak ada cerita nak disampaikan pasal korang, tak kan nak buat cerita pulak, kami tak buat kerja-kerja macam tu.. hehehe

Kepada semua ahli JGSC, anda digalakkan menghantar entri, tak kira lah berkenaan apa sekali pun, kisah sedih, kisah suka, gambar terbaru, projek terbaru, karya kreatif, ucapan kad kreatif kalau terasa diri sangat gedik nak buat boleh je hantar.. hehehe.. Semua karya-karya boleh dihantar ke e-mail berikut.

raihan.esa.jgsc@blogger.com
atau
raihan.esa@gmail.com

Kemudian, setelah hantar email, text/sms kepada Raihan ataupun Nabihah, taip kata laluan 'Aku Gedix', maka fahamlah kami ada email baru dalam inbox, hehe..

Anyway, thanks to Mad Noah sebab hantar seni khat.

With Pleasure

3 comments:

bihah said...

besh btul kata laluan nye haha

Unknown said...

selamt ulang tahun blog jgs!!

Mamok™ said...

haha.. kita tengok siapa yang send sms nanti.. harap2 lepasni lebih ramai yang hantar entri..

Eyh, Marwan tak pakai nama Dewa??..