NONE

Monday, May 17, 2010

PENGUMUMAN PERTUNANGAN

Hey all Jigs,

Adakah kamu semua sihat? walaupun apa juga keadaan kamu, ucapkanlah Alhamdulillah kerana itu semua kehendak-Nya keatas kita. So, siapa yang nak bertunang tiba-tiba ni? Tak ada masuk dalam list tahun ni pon, tiba-tiba je ada majlis pertunangan, ape cer? Bihah tak buat kerja ke? Ececeyh, nak menyalahkan orang pulak. Tabok kang.. hehe..

Are you guys remembering Aja? Siti hajar, ingat tak? Not the one who have 'Aswat' one. This one just Aja. Aja yang kampong dia dekat Muar. Kg. jaya sepakat? Bukan yang itu. Ini yang kita singgah rumah dia masa lepas balik dari kenduri Laila nikah, lepastu kita gerak pergi ke Gubung Ledang, mandi air terjun dekat sana, lepastu ada orang jatuh dekat air terjun tu. Haa, ingat pon korang.

Ok, ini ada sedikit pemberitahuan untuk berkongsi cerita.

InsyaAllah, Aja akan bertunang dengan jejaka pilihan hatinya sendiri pada 29 Mei di rumah mak abah dia dekat Muar. Siapa Jejaka itu? Aja kata dia malu nak revealkan pasal jejaka tu. Jejaka tersebut dikenalinya semasa berada di DPLI dan merupakan orang Muar. So, kita letak nama dai Jejaka M. namun, Jejaka M bukanlah pelajar DPLI mahupun seorang guru, tetapi merupakan seorang pegawai kerajaan, dekat mana, aku pun tak tahu.

Apa pun, semoga majlis pertunangan Aja dengan Jejaka M berlangsung dengan selamat di dilindungi serta diberkati oleh Allah s.w.t. Dan semoga hubungan mereka akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Korang nak konvoi pergi rumah Aja? wah mulianya niat di hati korang, mesti korang ingat dengan kehadiran korang akan dapat memeriahkan majlis tersebut kan. Tapi Aja tak buat majlis pon, Mak Jejaka M datang terus sarung cincin, lepastu dia terus balik, bizi sikit katanya.

Sebenarnya, Aja buat majlis ringkas sahaja. Dia hanya mahu berkongsi berita gembira dan mengharapkan doa yang terbaik dari rakan-rakan. InsyaAllah, kata Aja, majlis pernikahan akan berlangsung pada awal tahun hadapan dan ketika itu Aja akan menjemput kita (JGSC) untuk hadir bagi memeriahkan suasana di rumahnya nanti.

Owh ya, jangan lupa, kepada JGSC yang berkesempatan padi hari Ahad ini, atau kepada yang malas nak masak pada hari Ahad ini, datanglah ke rumah iza, sebab Iza ada masak lebih pada hari Ahad ini. Detail lebih jelas, rujuk entri sebelum ni k.

with pleasure.

1 comment:

bihah said...

tahniah aja! moga ikatan kekal hingga ke akad... amin...

aku tukang kutip duit dgn planning xtvt je mok, berita2 sume hang tapis dulu keh3