NONE

Wednesday, June 2, 2010

CUTI SEKOLAH

Bermula minggu hadapan, mereka-mereka yang perlu menghala ke JB melalui Jalan Skudai untuk ke office boleh bernafas lega selama 2 minggu, sempena cuti sekolah yang akan bermula 7 Jun 2010 sehingga 18 Jun 2010.

Pe ce pula Jigs yang membakar diri bak lilin? Seronok gaban mereka bercuti sakan 2 minggu! Betulkah? Jom korek plan aktiviti cuti sekolah mereka...

Cikgu Su: Setiap kali cuti sekolah, aku ada kelas DPLI... [dan makin berbahagialah Su di sana...]

Cikgu Aja: Cuti ngajar tuition je kot... [good idea untuk side income ;)]

Cikgu Ijan: Minggu lepas pergi bercuti kat Cameron, Penang dan Perak. Then every weekend banyak attend kenduri... [selamat berkonvoi!]

Cikgu Laila: Tanda paper agama dan seni. Balik Kedah. Pergi jemputan. [wah~ Cikgu Seni! Tiba-tiba teringat masa ramai-ramai 'kacau' Laila siapkan org. chart JGS hehe] 

Cikgu Dila: Dila tak jadi cikgu dah... dah dipecat! Hee... takdelah, kontrak dah habis so menanam anggur sekarang... Sehubungan dengan itu, takdelah cerita nak dicerita... [no worries sebab lepas ni terus up jadi Domestic Manager ;)]

Cikgu Azira: Takde plan pun cuti ni... Cuma rasa mau turun KL tapi tak tau bila... [ni memang cuti sakan ni!]

Cikgu Yatie: 1st week cuti tu, Yatie kena stayback siapkan keje huhu this weekend nak pegi orang kawen. Next weekend pegi my sister's convo.... [mak bedah yang sentiasa busy wii~]


Cikgu Pipah dan Cikgu Ila masih belum dapat dihubungi. Ada sesiapa yang tertinggal ke?


Dan... sempena dengan cuti sekolah ini juga, Jigs telah diberikan 3 tugasan oleh gadis-gadis yang bakal menamatkan jaman bujang mereka. Seperti yang tercatat dalam lampiran-lampiran di bawah, any takers?


Dila - Ahad - 6 Jun 2010 - Bandar Tun Razak, Pahang



Azie - Ahad - 13 Jun 2010 - Kota Tinggi, Johor
[Captai Konvoi: Ms. Ika]



Marini - Ahad - 13 Jun 2010 - Simpang Renggam, Johor
[Captain Konvoi: TBD]


Akhir kata, apa pula aktiviti cuti sekolah anda? 

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Sekian.

Yang menjalankan tugas,
Bibik (^_^)

No comments: