NONE

Friday, July 30, 2010

Terapi Jiwa

Erk... ada Jigs nak tukar profession sebagai psychologist ka? Atau ada yang menjadi penghuni di Hospital Permai @ Tanjung Rambutan? Nauzubillah...

Jangan kabut-kabut ya... It's just a sharing sempena Ramadhan yang bakal tiba dalam masa lebih kurang 20 hari ni, Bibik nak kongsi nota-nota yang Bibik salin masa nonton Al-Kulliyyah Jumaat minggu lepas. Tajuknya TERAPI JIWA :)

Fitrahnya manusia pasti akan mengalami JIWA KACAU. Even babies pun jiwa kacau bila lapar, bila tak dapat perhatian dari parents... And thus the basic foundation to cure it is to revert back to The Almighty dengan berzikir kerana zikir adalah terapi jiwa yang paling mujarab...



It's a norm, bila sedang berjiwa kacau, people tend to menenangkan fikiran di tepian pantai Desaru, di puncak Bukit Broga mahupun Gunung Ansi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengan-nya. Owh ye, not forgotten those shopping malls dan tempat-tempat melantak ;) Kita tenang walaupun hanya dengan melihat, berada dekat dengan sungai, pantai, hutan, makanan... dan semua itu adalah ciptaan dan ilham? Allah S.W.T... 

Rasionalnya, kalau kita dekat dengan ciptaan-Nya pun dah boleh tenang, Insya Allah kita akan super duper tenang bila dekat pada penciptanya. Macam mana nak dekat dengan Allah? Zikir, the key ingredient yang selalu kita lupa bila mencari ketenangan and that is why bila balik dari tempat-tempat penenangan, kita cepat jadi kurang tenang semula (sigh) Matlamat tak menghalalkan cara; matlamat dah jelas tapi cara kurang bernas kuikuikui

"Zikir pada hati, umpama air pada ikan..." (Perumpamaan Arab)

Paling command, kita akan berzikir selepas solat but are we really seriously focus on what we've uttered? Atau sambil-sambil tu fikiran duk melayang-layang ingat kerja-kerja yang tak settle, janji temu yang belum finalize? A gentle reminder of titik fokus ketika zikir; mulut menyebut, fikiran menghayati, memahami maknanya, hati terkesan, tenang wajah dan tindakan-nya :)

"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)




In conclusion, (taken from FB Wall kawan) the applications of Where, When, Who, What, Why and How in Zikir are Where: everywhere, When: whenever, Who: All Muslims, In What condition: When we're happy and sad, Why: to always remember him, How: With sincerity... Yuk, give it a try!


Untuk bacaan tambahan, En. Google ada bagi a few links; pertamakedua dan lain-lain hehe








Sekian.

Yang menjalankan tugas,
Bibik Biha






1 comment:

Anonymous said...

Good One Bibik.