NONE

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI

Hey all Jigs..

Lama betul Aku tak hapdet 'blog lambang persahabatan agar lepas kita kelaur dari Green, masih boleh berhubung dan menyampaikan berita' kononnya lah dulu kan, tujuannya nak buat blog ni.. Namuuuunnn...

Pergh, memang nak kene vacum blog ni. Berhabuk nauzubillah. Siapa lah yang jaga blog ni agaknye ye? Ish.. ish.. ish.. Ni mesti Yatie punya kerja ni. Dia ingat, dia diam seribu bahasa semenjak dua menjak ni, boleh cover aktiviti dia. Semua orang tahu apa yang kau buat lah Yatie, tak perlu nak tunjuk muka naif.. Hehehehe, jangan marah ye Yatie, gurau senda menjelang raya, sambil anyam ketupat, menyauk rendang (kacau rendang dalam kuali, bukan sauk masuk molot) kacau dodol atau tiup api bakaran lemang, ekekeke..

Iftar JGS hari tu dengar cerita, bukan main seronok lagi korang. Walaupun diragui, apalah erti keseronokan tanpa Mok, tapi aku faham, aku bizi, tak sempat nak turun ke JB. Hehehe..

Mesti korang lebih gembira menyambut Syawal kali ni kan. Ada yang sambut dengan suami, sambut dengan tunang, sambut dengan babby, sambut dengan janin (baby dalam perut, hehehe), sambut dengan kereta baru, dengan couple baru (ehem, siapa lah tu gamaknye ye) dan ada yang berdebar-debar sebab date nak kahwin dah dekat. Agak-agak tahun depan, siapalah yang akan sambut raya dengan isteri ye? :)

Ehem.. Tersedak pulak.. Siapalah yang menyebut nama aku nih.. Kau tak puas hati kat aku ke Lek, tak puas hati cakap, nanti aku bagi puaskan hati kau.. Cakap berapa lagu kau nak, aku boleh nyanyi 5 jam tanpa henti.. Tak perlu artis undangan.. :P

Ok, kepada semua JGS, sambutlah Syawal ini dengan gembira. Jangan berduka di pagi Syawal, tak elok. Nanti terbawak-bawak pulak. Bawak ape? Ape-ape je lah yang boleh dibawak, usah banyak soal. So, malam esok, sebelum tidur, siapkan skrip untuk korang minta maaf kat parents atau laki korang ye, supaya tak tergagap-gagap dan tak tertinggal nak sebut mana-mana dosa yang korang dah buat. Lebih-lebih lagi part terswap lebih kad kredit laki korang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan =')

1 comment:

bihah said...

adoyai mok, duk tahan gelak aku baca entry ni hihi happy eid mubarak dearie jigs~