NONE

Monday, February 28, 2011

FIRST IN 2011

Hey All Jigs..

Rindu saya tak? Saya tahu awak semua rindu saya kan, kalau tak, tak kan lah ramai yang suruh saya hupdate blog ni. Bukan saya tak nak hupdate blog ni, tapi saya sibuk dengan hal-hal peribadi saya, so, tak kan nak sibuk ambik tahu hal peribadi orang lain pulak, kan? Walaupun motif utama blog ni ialah ambik tahu hal orang.

Ok, meh saya hupdate beberapa perkara penting yang berlaku sejak entri terakhir k:

Satu : Farhana Dah Beranak

16 february lepas, Farhana telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Zubeida. Ok bukan, tak baik taw. Nama anaknya ialah Nur Adreana Batrisya. Tahniah untuk Ana sekeluarga, semoga dapat yang no dua cepat-cepat k. Lambat sikit pun tak pe, err, tak kisah lah, pandai-pandailah awak merancang k.

Dua : Hajar Nak Kahwin

Hajar mana? Hajar Aswat atau Hajar Muar? Hajar Muar yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 12 march ini di kampong dia, di Muar. Rumah yang kita singgah balik dari kenduri Laila nikah sebelum kita ke Gunung Ledang, ingat tak? Kalau tak ingat pergi bukak kat event yang dia jemput dalam FB tengok kad jemputan yang dia tag tu, ada map. Tahniah hajar, moga dipermudahkan segala urusan :)

Ape? Hajar Aswat ape citer? Owh yang saya tahu dia makin mantop, selalu ulang alik JB KL, dia turun KL tak bagi tau saya pun, dah nak balik JB baru bagi tahu dia ada dekat KL, tu pun sebab nak tanya saya nak balik JB naik bas no berapa.

Tiga : Marwan dan Piyah

Yea!! Finally, penyatuan Dewa dan Dewi gewdiks abad ini. Majlis pertunangan Marwan dan Piyah akan di adakan di rumah Piyah di taman Peling *betul kan?* pada 13 March, dan semua Jigers boleh menyibuk dimajlis tu bermula lepas Zuhur. Tahniah kami ucapkan kepada Marwan dan Piyah, sampai hati awak berdua jemput lambat, tak sempat kami nak sponsor apa yang patut, nasib baik..

Empat : Ika bertunang juga.. weeee :)

Ika buat statement of the year. Tiba-tiba je menjemput ke majlis pertunangannya pada 13 March jugak di rumah atuknya di sebelah Skudai Prade, kellas gitew, sebelah jek, orang lain sibuk nak cari parking pergi skudai prade, dia jalan kaki je dari bilik air rumah sendiri. Majlis bermula lepas Zuhur tanpa menunggu wakil JGS ye, harap maklum, awak yang lain dijemput datang makan bukan menyibuk mencelah masa orang tu berbincang. Owh ye, saya terlupa nak bagi tahu benda yang awak semua dah tahu tapi saya peduli apa, nak bagi tau jugak, iaitu Ika akan bertunang dengan Hasnul Hafifi a.k.a Senoy. Ade?

Hambik kau! Awak semua memang bedah taw.. jemput last2 minit lepastu paksa-paksa saya datang majlis awak, serba salah saya dibuatnya, hehehe. Kepada yang lain, saya harap awak semua berada dalam keadaan emosi yang stabil dan fizikal yang sihat, disamping rohani yang mantap. Apa-apa hal bagi tau lah, kalau tak ada apa hal duk diam je k, jangan nak membedah tak tentu pasal.

With pleasure :)

4 comments:

l.u.q said...

tahniah untuk semua~..hehhehe

bihah said...

mok, aku baca dengan gaya tangan hang ala2 pokcik yang atas kerusi roda tu ;p

congrats to ols~ tunggu ler cik cheti ting tong enpon anda ye kuikuikui

dewa said...

haha...best..tahniah gak sume..tahniah gak kat dewa dan dewi..huahua...

Mamok™ said...

tahniah to evryone :)