NONE

Thursday, June 2, 2011

SALAM TAKZIAH

Hey al Jigs,

Apa khabar semua kawan-kawan? Ape cerita ye sekarang? Lama betul kawan tak update cerita dekat dalam blog ni yek. Tak pe kalau ada benda yang kau orang nak cerita, tapi malu-malu, boleh send email dekat kawan, nanti kawan rombak jalan cerita bagi gempak, bagi kurang malunya, boleh?

Ok, untuk kali ni, kawan nak kita sama-sama memperingati pemergian ayahanda kepada Fiza, yang telah kembali kerahmahtullah baru-baru ni. Kalau tak slah kawan, pada 13 May hari tu. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dikesempatan ini juga, sama-sama lah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada ibu atau bapa rakan-rakan kita yang telah lama pergi meninggalkan kita, juga diharapkan mereka tenang di sana. Al-Fatihah..

Semoga kita di suatu masa nanti yang akan melalui detik yang sama, dapat menginsafi diri dan sentiasa bersedia untuk melalui waktu itu. Mudah-mudahan kita sendiri juga nanti ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, disisi kekasih-kekasih-Nya. Tak kan dah mati nanti baru nak harapkan yang hidup doakan untuk kita, betul tak? sementara masih hidup ni, kita doa lah yang terbaik untuk diri kita sendiri bukan sahaja untuk didunia, tetapi juga untuk nasib kita di akhirat kelak.

Bajet khutbah Jumaat~

With Pleasure.

No comments: